Sunday, March 27, 2011

Hijrah ke Sekmen Basikal Tua

As'salam.

Al kisah teman ingin khabor, pada waktu ini secara rasminya teman umumkan penukaran hobi berbasikal. Jangan cemas, hobi ini masih dalam kategori berbasikal cuma sekmennya saja yang berbeza. Iaitu dari basikal mtb ke sekmen basikal tua. Oleh yang demikian, blog ini juga telah ditukar alamatnya yang baru bersesuaian dengan tema basikal tua. Iaitu kepada basikaltuaklasik.blogspot.com. Harap maklum dan tidak kira apa jua jenis basikal yang diminati, sama-samalah kita memartabatkan sukaneka berbasikal ini.

Jadi sesiapa yang berminat atau telah pun menceburi hobi ini lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di sekitar Taman Putra Perdana, Puchong. Dialu-alukan berkomunikasi dengan teman ni agar kita boleh adakan aktiviti secara berkumpulan dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment