Sunday, August 26, 2012

Lampu Antik Basikal Tua Telah Sampai


Satu lagi barang untuk aksesori basikal tua teman telah sampai. Datangnya jauh dari hujung utara sana. Mana lagi kalau tak diketemukan melalui laman iklan Mudah. Inilah dia lampu antik bersuis yang menggunakan bateri. Lampu ini akan digantikan dengan lampu dynamo sedia ada yang agak uzur dan hampir rosak, Lagi pun lampu bateri ni jauh lebih terang berbanding lampu dynamo tersebut. Dari segi kelebihannya lampu ni boleh dipasang mengikut kesuaian suasana dan tak perlu menggunakan tenaga kayuhan bagi menyalakan lampunya seperti lampu dynamo. Lagi pun teman suka dengan reka bentuknya yang berempat segi serta tampak unik berbanding lampu dynamo yang begitu umum sekali reka bentuknya. Ternyata ini semua mengikut cita rasa masing-masing. Nantikan gambar basikal tua teman tidak lama lagi. Sekarang masih menunggu beberapa barang aksesori bagi melengkapkan lagi ketampanan basikal tua teman. Tungguuuuu.

Friday, August 24, 2012

Pam Tangan Putih Sudah Sampai


Barang yang dipesan dan dibeli dari laman Mudah telah sampai ke pangkuan teman. Pam tangan antik untuk basikal tua telah lama teman buru. Memang banyak dan senang untuk ditemui lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan pengiklanan di laman web. Tapi jenis yang teman idamkan adalah pam tangan yang berwarna putih. Setelah lama bertungkus-lumus memburu di beberapa laman carian, akhirnya sasaran diketemukan jua. Diatas adalah tangkapan gambar pam tersebut yang baru saja sampai. Nantikan episod seterusnya dimana banyak lagi pencarian aksesori untuk dilengkapkan pada basikal tua teman. Setelah lengkap atau setidaknya hampir lengkap nanti, teman akan siarkan basikal tua teman. Tungguuuu.

Thursday, August 9, 2012

Sekian Lama Menyepi, Akhirnya Dilestarikan Kembali



Apa khabar semua? Masihkah ada orang yang menjenguk blog ini. Setelah sekian lama menyepi tanpa ada sebarang berita. Akhirnya berputik kembali juga blog ini setelah kurang lebih setahun tidak mengemaskini. Untuk dirumuskan cerita atau straight to the point, basikal-basikal tua teman telah pun dijual sejak hampir setahun yang lalu. Tindakkan menjual basikal-basikal tersebut mungkin mengejutkan para pembaca sekalian. Apa nak buat? Diatas faktor kewangan serta sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Kerana itulah blog ini sunyi menyepi tanpa sebarang khabar. Tapi agak pelik juga. Angin tiada, hujan tiada, ribut petir tiada. Mengapa tiba-tiba ada posting secara tiba-tiba ni? Ini kerana teman ingin melestarikan semula minat dan hobi berbasikal tua yang terkubu seketika. Untuk mengetahui kisah lanjutnya tentang sepeda baru teman ni, nantikan posting berikutnya tidak lama lagi. Tungguuu. Bagi suspense sikit dan saja bagi posting banyak sikit. :)