Tuesday, October 29, 2013
Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan Puteri Master Raleigh
Seperti yang diketahui pada tanggal 27 Oktober 2013 telah berlangsungnya satu majlis perkahwinan iaitu puteri kesayangan kepada Master Raleigh atau nama sebenarnya tuan Aznor Hasan. Sehubungan itu Budiman Berbasikal Klasik mewakili sekalian sahabat-sahabat basikal klasik ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas undangan ke majlis tersebut serta layanan yang bertaraf esklusif. Kami begitu gembira kerana buat julong kalinya dapat merasa pengalaman baru iaitu berarak dan mengiring pengantin dengan berbasikal klasik. Apatah lagi ia memberikan keunikannya yang tersendiri bilamana dapat mengetengahkan sesi ini di pusat metropolitan Kuala Lumpur yang serba moden. Disamping meraikan sambutan majlis tersebut, kami juga berpeluang melakukan aktiviti berbasikal dengan mengelilingi tasik Titiwangsa.
Di sana sini khemah-khemah kahwin berdiri teguh mempayungi orang ramai yang berkunjung-kunjungan menyahut undangan raja sehari. Ini menandakan musim orang kahwin telah membuka tirainya yang kebiasaannya akan berlarutan hinggalah ke akhir tahun. Bersiar-siar di tepi tasik sambil berkayuh santai dan sekali sekala sayup-sayup kedengaran lagu yang bertemakan perkahwinan, menggamitkan kenangan silam kepada mereka yang pernah naik ke jinjang pelamin pada satu ketika dulu. Lamunan nostalgia. Sekadaar itulah sahaja buah fikiran yang boleh dijadikan coretan untuk dikongsikan bersama. Sekali lagi kepada pengantin dan seisi keluarganya, semoga berbahagia selalu dan senantiasa diberkati, dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Ameeen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment