Friday, November 30, 2012
Kempen Menyokong Penyertaan Kayuhan Bandar DiRaja Klang
Teman
mewakili blog teman yang tak seberapa menarik ini menyokong sekaligus
akan menyertai acara "Kayuhan Santai Basikal Klasik Ke Bandar DiRaja Klang". Bersama-samalah kita menjayakan acara julong kali ini yang dianjurkan oleh Port Swettenham Classic Bicycle.. Semoga dapatlah hendaknya dihimpunkan seberapa
ramai pencinta, pemilik basikal klasik tidak kira terdiri daripada kelab,
persatuan mahupun individu. Ayuh kilat dan gilapkan sepeda klasik anda. Berkayuh dengan penuh gaya, diatas basikal yang berestetika klasik. Jom
reramai pakat serbu Bandar DiRaja Klang pada 2 Disember 2012.
Wednesday, November 28, 2012
Rintihan Dan Keluhan Basikal Tuaku Di Musim Hujan
Di musim hujan ni, cuaca kerap kali sejuk, nyaman dan dingin. Ikim persekitaran pun sekali-sekala lembab, basah dan lenjun. Dalam suasana atmosfera sebegini, ada waktu tertentu kadang kala menggigil dan menggeletar juga dibuatnya. Oleh itu, selubungkanlah, selaputkanlah, balutkanlah serta selimutkanlah daku ini wahai tuan empunya basikal klasik.
Wednesday, November 21, 2012
Lorong Khas Laluan Basikal, Sejuta Impianku
21.11.12 cantik juga susunan nombor tarikh pada hari ni. Nasib baik tak jatuh pada hari minggu. Kalau tidak pasti ramai akan menempahnya untuk dijadikan hari pernikahan atau persandingan. Teman juga tertarik untuk mengambil inisiatif bagi memuatkan pengisian pada blog ini. Maka perhatikan foto berikut:
Ya betul. Lorong laluan untuk basikal. Teman percaya setiap dan segenap pengayuh basikal tidak kira apa jua jenis baasikal yang dikayuhinya pasti mengimpikan agar suatu hari nanti jalanraya di negara kita disediakan dengan kemudahan laluan basikal. Kempen untuk lorong laluan basikal telah lama disuarakan. Terutamanya di Pulau Pinang dimana pelbagai kaedah kempen dilaksanakan pada setiap tahun. Mungkin diatas faktor geografi, logistik atau kuasa pelaksanaan yang kurang dinamik menjadi menyumbang kegagalan pelaksanaan laluan basikal. Semestinya ramai lagi yang arif dari teman tentang kearifan faktor-faktor yang diutarakan.
Pelbagai artikel boleh kita dapati tentang faedah dan kebaikkan sekiranya sesuatu negeri atau komuniti itu mempunyai laluan basikal. Kaedahnya mudah sahaja. Ada lorong laluan basikal, maka secara automatik akan menggalakkan kewujudan pengguna basikal yang bertambah. Bukan sekadar kuantitinya bertambah, bahkan kekerapan aktiviti berbasikal juga akan meningkat. Dua faedah yang jelas dan terang dengan hanya menggunakan akal malah tidak perlu dikaji adalah seperti berikut:-
- Dapat juga bersenam menyihat serta menyegarkan badan. Secara tidak langsung boleh kurang risiko obesiti, jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
2. Kebaikan dari sudut penjimatan
- Apa yang teman boleh katakan. Sifir matematiknya mudah saja. Tiada kegunaan automobil bersamaan = Jimat petrol, jimat tol, jimat kos parkir, jimat kekerapan kos servis dan sebagainya.
Marilah kita berkempen, bersuara, bergerak, bertindak mengikut tahap kuasa dan kemampuan kita agar suatu hari nanti laluan khas untuk basikal di jalanraya akan terlaksana di bumi Malaysia yang indah ini.
Monday, November 12, 2012
Terserempak Dengan Entiti Yang Luar Biasa
Menyusuri perjalanan pulang dari pejabat teman di Shah Alam. Jam menunjukkan hampir pukul enam petang. Cuaca sejuk, nyaman bersulam dengan angin dingin sepui bahasa. Maklumlah baru lepas usai hujan lebat. Di suatu selekoh dalam pemanduan pulang ke rumah itu, tumpuan mata teman dicuri oleh suatu entiti yang juga menyusuri di jalan yang sama. Begitu pegun dan terpesona teman dibuatnya. Mana taknya, bukan selalu boleh terserempak dengan entiti tersebut. Lebih-lebih lagi di tengah bandar metropolitan yang serba moden ini.
Terpesonanya teman hinggakan berusaha sedaya upaya sambil memandu untuk menangkap foto entiti tersebut. Berkat ketenangan dan tidak gopoh-gapah, akhirnya berjaya juga dalam tempoh detik berselisih yang singkat itu, menangkap gambar entiti tersebut untuk dikongsikan bersama dalam blog ini. Maka di bawah inilah gambarnya yang teman maksudkan sebagai entiti itu. Apa lagi teman boleh katakan; orang biasa, tegah biasa. Kudrat biasa, basikal tua luar biasa.
Terpesonanya teman hinggakan berusaha sedaya upaya sambil memandu untuk menangkap foto entiti tersebut. Berkat ketenangan dan tidak gopoh-gapah, akhirnya berjaya juga dalam tempoh detik berselisih yang singkat itu, menangkap gambar entiti tersebut untuk dikongsikan bersama dalam blog ini. Maka di bawah inilah gambarnya yang teman maksudkan sebagai entiti itu. Apa lagi teman boleh katakan; orang biasa, tegah biasa. Kudrat biasa, basikal tua luar biasa.
Thursday, November 1, 2012
Foto Basikal Klasik Ku Edisi November 2012
Teman mulakan pengisian pertama dalam bulan November ini dengan perkongsian gambar-gambar terkini basikal klasik teman. Walaupun bulan ini dijangka dan diramalkan lebih banyak penurunan hujan akan berlaku berbanding bulan lepas, semoga blog ini teman mampu mengarang pengisian artikel-artikel yang bermanfaat tentang segala serba-serbi hobi berbasikal klasik. Mudah-mudahan terhiburlah hendaknya para pembaca serta pengunjung yang budiman sekalian. Buat sementara waktu ini marilah sama-sama kita menjamu mata dengan paparan gambar basikal klasik teman yang terkini.
Subscribe to:
Posts (Atom)