Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Pertama kali saya melihat telur ayam hutan. Bukan telur ayam kampung ya tapi telur ayam hutan. Pertama kali melihat, memegang dan membelek telur tersebut yang baru berusia sehari menetes. Segar dari mini ladang di tengah-tengah kota metropolitan. Tak sangka saiz telur ayam hutan sungguh kecil malah lebih kecil berbanding ayam kampung. Putih melepak dan saiznya mirip sebuah bola ping-pong. Cuma bezanya bulat telur ini berbentuk bujur sedikit. Saya bercadang untuk membiarkan hasil pertama ini diperam oleh induk ibunya dengan harapan akan lahirlah beberapa ekor anak ayam untuk generasi kedua. Lantaran saya ingin mengakhiri artikel yang singkat ini, ntah mengapa kota minda saya asyik terpampang perkataan -> mata kerbau, dadar, separuh masak, scramble, omelet dan sewaktu dengannya. Hmmmmm ;) |